Thursday, June 19, 2014

PANTANG LARANG DALAM BERBEKAM




Semasa mendapatkan rawatan bekam, pesakit sebaiknya mengetahui sedikit-sebanyak pantang larang dalam berbekam.Diantaranya ialah:-

1) Tidak makan makanan berat 2 jam sebelum menjalani rawatan bekam. Perut pula jangan terlalu lapar dan jangan pula terlalu kenyang.

2) Mandi selepas 2 jam menjalani rawatan bekam ( kerana tubuh kita dalam keadaan panas ).

3) Tidak boleh berbekam di mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

4) Dilarang berbekam di kawasan titik-titik limfatik ( bawah tengkuk, bawah ketiak ).

5) Bukan semua orang boleh berbekam, ada juga golongan yang ditegah berbekam seperti:-

- individu yang mempunyai masalah darah rendah yang serius.
- wanita hamil.
- wanita yang datang bulan.
- orang tua yang terlalu uzur.
- orang yang mengambil pil pencair darah.
- orang yang dalam keadaan sangat lapar, letih dan kenyang.
- orang yang mempunyai masalah kulit yang serius.


Untuk mendapatkan penerangan dan rawatan, sila buat temujanji anda


Hubungi Dudi - 012 - 964 3773
( Kuala Lumpur & Lembah Klang sahaja )

 
Waktu Perkhidmatan:

Isnin - Jumaat ( 8 pm - 12 pm )
Sabtu - Ahad  ( 10 am - 12 pm )

HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA



      Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum berbekam semasa puasa , adakah membatalkan puasanya atau tidak. Ada dua pendapat berkenaan masalah ini:
PENDAPAT PERTAMA: Berbekam tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Syafie , Maliki dan Hanafi.
DALIL PENDAPAT INI:-
1. Hadis dari Ibnu Abbas:
أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم
“Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” Hadis sahih Bukhari
2.
رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة
“ Rasulullah saw membenarkan bercium dan berbekam bagi orang yg berpuasa.”
Riwayat imam Ad-Dar qutni dan beliau berkata “Perwainya semuanya thiqah”
PENDAPAT KEDUA: Berbekam membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Hambali, Ibnu Taymiah, Ibnul Qayyim, Ibnul Munzir, Auza’ie, Ibnu Khuzaimah dan Addarimi.
DALIL PENDAPAT INI:
1.
حديث شدّاد ورافع بن خديج رضي الله عنهما مرفوعاً : ( أفطر الحاجم والمحجوم ) أحمد وأبو داود والترمذي وحسنه وابن ماجه.
Hadis Nabi saw dari Syaddad dan Rafie’ bin khadij:
“ Tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya.”
Jawapan dr ULAMA JUMHUR
“ Hadis ini dimansukhkan hukumnya dgn hadis yang menyatakan Nabi saw berbekam semasa puasa. Ini kerana hadis syaddad adalah semasa hari pembukaan kota mekah dan hadis ibnu abbas adalah semasa haji wada’ (perpisahan).
KESIMPULAN
Pendapat yg lebih kuat ialah puasa tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya melemahkan tubuh. Berikut adalah hadis yg menguatkan ini:
أن أنساً -رضي الله عنه- سُئِل: أكنتم تكرهون الحجامة للصائم؟ قال : لا، إلا من أجل الضعف.
“ Sesungguhnya Anas ra ditanya : Adakah kamu (para sahabat) menghukum makruh berbekam bg org yg berpuasa. Anas menjawab “ Tidak kecuali sekiranya tubuhnya lemah untuk berpuasa.”
Hadis sahih Bukhari.

Untuk mendapatkan penerangan dan rawatan, sila buat temujanji anda


Hubungi Dudi - 012 - 964 3773
( Kuala Lumpur & Lembah Klang sahaja )

 
Waktu Perkhidmatan:

Isnin - Jumaat ( 8 pm - 12 pm )
Sabtu - Ahad  ( 10 am - 12 pm )

Tuesday, April 15, 2014

SEJARAH RAWATAN BEKAM

      
     Perubatan cara bekam sudah dikenali semenjak kerajaan sumeria berdiri,sekitar 4.000 tahun sebelum masehi,lalu berkembang di Babilonia, Mesir, Saba'  dan Persia.Sumeri adalah  daerah yang masuk wilayah Iraq.Para tabib menggunakan bekam untuk mengubati para raja.

Di Cina bekam berkembang sekitar 2,500 tahun sebelum masehi.Di Cina bekam berkembang berdasarkan titik akupuntur.Dalam rawatan bekam, masyarakat cina lebih mengamalkan bekam angin.

Bekam menggunakan cawan kaca

Rawatan bekam angin


Di Mesir bekam berkembamg sejak zaman Firaun, sekitar 2,500 tahun sebelum masehi. Pada masa kekuasaan Firaun Ramses II, kira-kira 1,200 tahun sebelum masehi ,secara tidak sengaja pada masa itu banyak orang-orang yang dilemparkan batu, lalu lebam. Setelah dikeluarkan darahnya ternyata banyak yang sembuh penyakitnya.

Di zaman Nabi S.A.W. bekam sudah banyak dikerjakan para sahabat.Bahkan menjadi sunnah dan kebiasaan mereka.Nabi S.A.W selain memerintahkan umatnya unutk berobat dengan bekam, juga memberikan petunjuk tentang tempat-tempat yang sangat baik untuk dibekam.Walaupun Nabi bukan seorang tabid tetapi semua perbuatanya adalah berdasarkan petunjjuk darai Allah S.W.T.

Beberapa titik  yang diajarkan Nabi dan sangat baik untuk pengubatan adalah :
HAMMAH, NAQROH, QOMAHDHUWAH, AKHDZA'AIN, KAHIL, MANKIB, DZIQN, UDZN, TSADYU, QITHON, BATHN, SHODR, MAQ'IDAH, RUKBAH, FAKHDZU, SAQ, RUSGAH, NAKHID, QODAM, ILTIWA', WIRIK dan lain-lain.

Di masa perkembangan Islam sekitar tahu 300 hijrah, di Baghdad, bekam merupakan pengobatan yang paling maju saat itu. Para juru bekamnya pun berbagai dari juru bekam jalanan sehingga mereka yang berpelajaran tinggi seperti di lembaga kedoktoran tinggi Jundi Syahpur harran dan lain-lain.

Untuk mendapatkan penerangan dan rawatan, sila buat temujanji anda


Hubungi Dudi - 012 - 964 3773
( Kuala Lumpur & Lembah Klang sahaja )

 
Waktu Perkhidmatan:

Isnin - Jumaat ( 8 pm - 12 pm )
Sabtu - Ahad  ( 10 am - 12 pm )

Monday, March 24, 2014

KELEBIHAN DAN KHASIAT MINUM AIR KOSONG



      Amalan minum air kosong mempunyai pelbagai khasiat sama ada diketahui atau tidak diketahui. Budaya minum air kosong ini biasanya menjadi amalan masyarakat Cina daripada peringkat anak kecil hingga golongan dewasa. Kita boleh melihat dalam semua peringkat masyarakat Cina daripada peringkat persekolahan hingga ke tempat kerja, mereka sering membekalkan diri mereka dengan air kosong untuk keperluan harian mereka.

     Tetapi malangnya, budaya minum air kosong ini masih kurang diamalkan dalam masyarakat lain di negara ini khususnya masyarakat Melayu. Mereka lebih suka minum minuman manis atau bergas di kedai makan, tempat kerja atau di mana sahaja. Amalan ini perlu dipupuk dari peringkat awal dalam masyarakat kerana ia mempunyai banyak manfaat dan kebaikan.

Berikut adalah beberapa kebaikan yang diperolehi daripada amalan minum air putih:-

1. Menyegarkan tubuh -  Khasiat air putih bukan saja untuk membersihkan tubuh, malah ianya juga menyumbang zat yang diperlukan oleh tubuh. Kita mungkin dapat bertahan beberapa hari tanpa makanan, tetapi kita tidak mampu menahan diri jika tidak minum air.Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

2. Meningkatkan kesuburan -  Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron bagi kaum Adam dan hormon estrogen bagi kaum Hawa.

3. Mengelakkan darah menjadi kental -  Kandungan air yang cukup amat diperlukan untuk menggantikan cecair yang keluar dari tubuh melalui air kencing, peluh dan pernafasan untuk memastikan otak dan darah kita berfungsi dengan baik. Kekurangan air dalam darah amat berbahaya pada tubuh. Darah akan menjadi kental dan menyebabkan penghantaran oksigen dan unsur makanan menjadi terganggu.

4. Meningkatkan fungsi otak -  Perjalanan darah yang kental juga akan terhalang semasa melalui otak. Sel otak paling banyak mengambil makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah. Jika tidak mendapat makanan dan oksigen yang secukupnya, fungsi otak juga tidak dapat berjalan dengan baik. Keadaan ini dipanggil serangan angin ahmar.

5. Melancarkan sistem pencernaan -  Pengambilan air putih sebanyak 8 gelas sehari amat baik untuk kesihatan kita kerana ia melancarkan sistem pencernaan kita. Kita dapat menghindarkan diri dari mendapat sembelit dan pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

6. Menguruskan badan -  Pengambilan air kosong yang secukupnya juga dapat menguruskan badan kerana ia dapat meningkatkan metabolisma dalam badan kita.

Darah bekam yang kental dan pekat

     Dalam sesi rawatan bekam yang saya jalankan, saya dapati kebanyakkan darah yang saya bekam dari tubuh pelanggan saya mempunyai kadar kepekatan yang tinggi dan agak kental. Keadaan ini juga menyebabkan pengaliran darah tidak lancar dan berlaku kesumbatan. Apabila ditanya tentang pengambilan air kosong, kebanyakkan daripada mereka mengakui tidak menjadikan minum air kosong sebagai amalan harian mereka. Oleh itu, saya amat menggalakkan semua lapisan masyarakat menjadikan pengambilan air kosong sebagai amalan harian mereka selain menjaga pemakanan untuk hidup yang lebih sihat.


Untuk mendapatkan penerangan dan rawatan, sila buat temujanji anda



Hubungi Dudi - 012 - 964 3773
( Kuala Lumpur & Lembah Klang sahaja )


Waktu Perkhidmatan:

Isnin - Jumaat ( 8 pm - 12 pm )
Sabtu - Ahad  ( 10 am - 12 pm )



Tuesday, March 18, 2014

ARTIKEL DARI UTUSAN MALAYSIA 30/01/2014


Bekam kurang risiko diabetes


Ab. Aziz Al-Safi Ismail menerima jambangan bunga daripada keluarganya selepas menyampaikan syarahan mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik sempena Syarahan Umum Pelantikan Profesor di USM Kubang Kerian, semalam.





Kota Bharu, 29 Jan. - Hasil kajian yang dijalankan seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati rawatan berbekam mampu mengawal penyakit diabetes serta mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit kardiovaskular.
Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, kajian yang dijalankan sejak dua tahun lalu itu membuktikan paras gula dalam darah boleh menurun apabila rawatan tersebut dijalankan secara konsisten.

Beliau berkata, bukan sahaja paras gula dalam darah tetapi semua parameter fungsi ginjal seperti serum urea, kreatinin dan asid urik yang mendorong kepada penyakit diabetes turut menunjukkan penurunan apabila melakukan bekam.
"Secara tidak langsung, masalah gout juga dapat dikawal kerana kadar asid urik dalam tubuh berkurangan selepas menjalani rawatan.
"Melalui kajian tersebut, didapati berbekam mampu menurunkan risiko sakit jantung dan strok dengan menurunkan antigen Von Willebrand dan meningkatkan fungsi endotelial," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Syarahan Umum Pelantikan Profesor mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik di Dewan Utama, USM di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.
Ab. Aziz berkata, kajian yang ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu menunjukkan kelebihan berbekam hanya dapat dirasakan jika melalui rawatan setiap empat bulan atau 120 hari.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dia kini giat berbincang dengan hospital kerajaan dan swasta bagi mewujudkan perkhidmatan perubatan tradisional kepada pesakit secara pilihan.

"Selain manfaat berbekam, perkhidmatan alternatif ini perlu diwujudkan di hospital-hospital sebagai menjamin kebersihan peralatan berbekam yang digunakan.
"Pada masa sama, saya melihat berbekam ini juga dapat mengurangkan pengantungan ubat-ubatan apabila menjalani rawatan tersebut secara konsisten," katanya.
Dalam majlis tersebut, Profesor Dr. Siti Amrah Sulaiman turut menyampaikan syarahan umum mengenai Madu Lebah Penawar Penyakit Sepanjang Zaman.
Menurut beliau, hasil kajian yang dilakukan mendapati madu boleh digunakan untuk merawat penyakit.

"Berdasar kajian terhadap haiwan diabetes, 'madu menolong' menurunkan paras gula dalam darah dan mengembalikan tahap keupayaan anti oksidan dan melambatkan kerosakan organ seperti ginjal.
"Gabungan madu dan ubatan diabetes menunjukkan hasil positif dan dijangka boleh mengurangkan masalah komplikasi penyakit tersebut," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20140130/wt_01/Bekam-kurang-risiko-diabetes#ixzz2wIiGPvXG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, March 14, 2014

ARTIKEL TENTANG RAWATAN BEKAM DARIPADA SINAR HARIAN 14 MAC 2014


MENGUBAH PERSEPSI RAWATAN BEKAM

Seorang pesakit menjalani rawatan bekam

KAEDAH rawatan bekam, yang wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun, semakin diyakini terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit terutama yang kronik.
    
Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat.
    
Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.
    
Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya.
    
Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.
  
KEKELIRUAN PERUBATAN BEKAM

    
Kegagalan menjelaskan secara saintifik rawatan bekam dan kebaikannya mungkin antara punca wujudnya andaian-andaian itu.
    
Pengusaha dan pakar rawatan bekam, Pusat Homeopati, Refleksiologi dan Bekam Al-Jawad, Dr(homeopati) Ibrahim Burhanuddin berkata seseorang pengamal rawatan perubatan bekam harus mempunyai ilmu bukan sahaja ilmu bekam tetapi ilmu-ilmu berkaitan dengannya seperti psikologi dan saraf.
    
Beliau, yang telah berpengalaman lebih 17 tahun dalam rawatan bekam berkata, masyarakat hari ini yang berpendidikan tinggi dan terbuka, mahu mengetahui secara saintifik satu-satu rawatan itu sebelum bersetuju untuk melakukannya.  
    
"Ramai pengusaha yang kurang mahir, jadi apabila ditanya apa tujuan bekam, macam mana fungsi setiap rawatan itu kepada anggota badan, mereka gagal menjelaskannya.
    
"Ini menyebabkan masyarakat tidak faham dan ia antara kekangan mengapa rawatan bekam sukar untuk pergi lebih jauh sepertimana bidang perubatan akupuntur yang mendapat pengiktirafan dunia," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
    
Berkongsi pengalamannya sendiri, beliau berkata segalanya bermula pada tahun 1991 setelah mencuba rawatan bekam bagi mengubati penyakit gastrik dan paru-paru berair yang dialami sejak sekian lama.
    
Setelah mencuba pelbagai ubat, masih gagal merawat penyakit yang dihidapi hingga beliau mencuba rawatan bekam dan kemudian pulih daripada penyakit itu.
    
"Dari situlah saya mengkaji dan belajar kaedah rawatan bekam daripada beberapa orang guru termasuk seorang guru bekam dari Korea. Saya kaji bagaimana bekam boleh menyembuhkan penyakit dan bagaimana ia menjadi perubatan terbaik sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi," katanya, yang turut mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang homeopati dari Universiti Sumatera Utara, Indonesia.
    
TOKSIN PUNCA PENYAKIT?
    
Daripada kajian-kajian perubatan, penyakit yang singgah dalam tubuh individu itu berpunca daripada toksin. Ia diumpamakan seperti sampah yang menyebabkan tiga pembuluh darah iaitu alteri, vena dan kapilari menjadi sempit dan lemah hingga tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna.
    
Ketiga-tiga pembuluh darah ini jika disambungkan akan menjadi sepanjang 96 kilometer, menurut Ibrahim.
    
Ia perlu dibersihkan bagi membolehkan ia mengalir dengan lancar.     

Jelas beliau, apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna, ia tidak dapat menghantar oksigen dan pemakanan yang diperlukan ke seluruh organ-organ tubuh.
    
"Apabila semakin banyak toksin dalam badan, oksigen akan bertambah kurang. Ini menyebabkan orang yang sakit akan bertambah-tambah sakit sekiranya sel-sel dalam badan tidak mendapat nutrien dan oksigen yang cukup," katanya.
    
Apa yang membezakan setiap pesakit ialah tempat-tempat toksin itu berkumpul hingga menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti gout, kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang.
    
Jika toksin banyak berkumpul di kepala, sakit kepala mudah datang, akan cepat mengantuk, tumpuan akan hilang, susah untuk tidur dan pelupa hingga menyebabkan darah tinggi dan akhirnya strok, katanya.  
    
"Contohnya, gula dalam darah yang normal bacaannya 4 hingga 6, jika lebih daripada itu seperti bacaan 8 hingga 10 yang lebih itulah toksin. Begitu juga dengan kolestrol dalam badan.
    
"Cara untuk membuang toksin ini dengan cara membuang darah kotor yang terkumpul. Semakin banyak darah kotor yang dibuang semakin lancar dan bersih darah yang tinggal dan penghantaran oksigen dan pemakanan dalam tubuh akan berjalan lancar," katanya.
    
PUNCA TOKSIN
    
Ramai yang menyatakan toksin dalam badan diperoleh melalui pemakanan dan minuman. Ia mungkin satu daripada puncanya. Namun punca sebenar toksin terkumpul dalam tubuh kerana terganggunya sistem buah pinggang dan hati yang bertindak sebagai penapis terbaik di dunia.  
    
Buah pinggang yang sihat bekerja sebagai penapis darah daripada segala kekotoran yang akan dikeluarkan melalui air kencing, manakala hati pula bertindak sebagai penapis bahan-bahan kimia yang masuk ke dalam tubuh badan.
    
Apabila seseorang itu mengalami penyakit kronik, fungsi hati dan buah pinggang yang akan terganggu terlebih dahulu.
    
"Tidak akan berlakunya penyakit kronik kepada diri individu sebelum menurunnya fungsi kedua-dua organ ini. Selama buah pinggang dan hati seseorang itu sihat, dia akan sihat", katanya.
    
Cara perubatan dan penyembuhannya ialah dengan menyihatkan kedua-duanya kerana selagi organ utama ini tidak sihat, penyakit kronik yang dihadapi tidak akan sembuh.
    
"Bukan nama penyakit itu yang harus dihilangkan kerana penyakit kencing manis, sampai mati tidak akan hilang. Begitu juga jantung dan darah tinggi.
    
"Yang penting orang itu yang harus disihatkan. Apabila orang itu diubati, penyakit itu akan hilang. Caranya dengan mengesan mana punca datangnya sakit itu," katanya.
    
BEKAM UNTUK PESAKIT KRONIK
    

Ada yang menyatakan bahawa pesakit kronik seperti kencing manis tidak boleh menjalani rawatan bekam kerana dibimbangi akan menyebabkan luka sukar untuk disembuhkan.
    
Ibrahim berkata pendapat itu tidak benar, kerana beliau sendiri telah merawat pesakit kencing manis kronik melalui bekam dan pesakit telah menunjukkan kesan yang positif melalui kaedah itu.
    
Katanya, seseorang pesakit kencing manis sukar sembuh pada luka yang terdapat di kakinya kerana kandungan gula dalam darah telah menyumbat pembuluh darah hingga menyebabkan kaki menjadi kebas, saraf tidak dapat berfungsi kerana darah tidak dapat dihantar ke kawasan itu.
    
Yang akan menyembuhkan luka itu ialah antibodi yang terdapat didalam darah bersih dan apabila pengaliran darah telah tersumbat, ia tidak dapat sampai ke tempat yang luka.
    
"Perlu dikeluarkan toksin itu dan secara perlahan-lahan darah bersih akan mengalir ke kawasan luka, yang akan menjadi antibodi terbaik berbanding antibiotik untuk menyembuhkannya.
    
"Dengan berbekam akan membuka laluan-laluan darah tersebut jika dilakukan dengan betul," katanya.
    
Untuk pesakit kronik, bekam harus dilakukan secara teratur melalui konsultasi yang betul bagi menyembuhkannya. Ia berbeza bagi setiap individu.

Manakala bagi yang tidak mempunyai penyakit kronik digalakkan melakukan rawatan bekam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membuang darah kotor untuk melancarkan pengaliran darah bersih.
    
Beliau, yang turut membuka dua cawangan pusat perubatan Al-Jawad di Pekan Baru dan Batam, Indonesia melihat rawatan bekam boleh disebarluas di seluruh dunia sekiranya dilakukan secara profesional.
    
"Kecenderungan untuk kembali kepada rawatan Islam itu telah ada. Cuma apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam rawatan perubatan bekam ini ialah menambah ilmu agar mereka diberi kepercayaan dengan ilmu dan kemahiran
yang ada," katanya. - Bernama


Untuk mendapatkan penerangan dan rawatan, sila buat temujanji anda


Hubungi Dudi - 012 - 964 3773
( Kuala Lumpur & Lembah Klang sahaja )

Waktu Perkhidmatan:

Isnin - Jumaat ( 8 pm - 12 pm )
Sabtu - Ahad  ( 10 am - 12 pm )

Friday, March 7, 2014

KANDUNGAN DARI DARAH YANG DIBEKAM



  Darah yang dibekam telah diperiksa dengan mikroskop dan ditemukan adanya bentuk-bentuk sel darah merah yang luar biasa, sebagai berikut:-

1) Anisoctytosis - perbezaan ukuran sel darah merah di mana di temui banyak sekali sel yang membesar melebihi ukuran normal.

2) Poikilocytosis - perbezaan bentuk sel darah merah yang berbentuk kawat dan buah pir.

3) Hypochromia - kekurangan hemoglobin iaitu kekurangan warna sel darah merah yang dialami penderita anemia.

4) Target cells - menunjukkan kekurangan hemoglobin dan gangguan mekanisme produksi darah.

5) Schisocytes - sel-sel darah pecah

6) Acathocytes - sel-sel darah berduri

7) Spherocytes - sel-sel darah merah berbentuk bola.

Darah kotor yang dibekam
Setelah menjalani pelbagai lagi kajian dan penelitian, para saintis mengeluarkan laporan begini:-

1- Bentuk sel darah merah dalam darah bekam pada semua kes selalu abnormal atau luar biasa. Ini dicatat dari darah bekam yang diambil langsung dari tempat dibekam, sebelum diletakkan ke dalam gelas atau cawan bekam agar tidak berpengaruh terhadap sel-sel lain.

2 - Penurunan drastik jumlah sel darah puih pada darah bekam. Itu terjadi pada seluruh kes. Jumlahnya hanya sekitar 525 hingga 950 per mm.

3 - Penurunan kadar neuthropil dalam darah bekam.

4 - Peningkatan kadar limfosit dalam darah bekam, di mana jumlahnya sekitar antara 2% hingga 88%. Dalam keadaan normal, kadarnya tidak melebihi 35%.

5 - Total Iron Binding Capacity (TIBC) tinggi sekali di antara 422 hingga 1057, sementara dalam darah normal di antara 250 hingga 400.


Untuk mendapatkan penerangan dan rawatan, sila buat temujanji anda

Hubungi Dudi - 012 - 964 3773
( Kuala Lumpur & Lembah Klang sahaja )

Waktu Perkhidmatan:

Isnin - Jumaat ( 8 pm - 12 pm )
Sabtu - Ahad  ( 10 am - 12 pm )