Monday, March 24, 2014

KELEBIHAN DAN KHASIAT MINUM AIR KOSONG



      Amalan minum air kosong mempunyai pelbagai khasiat sama ada diketahui atau tidak diketahui. Budaya minum air kosong ini biasanya menjadi amalan masyarakat Cina daripada peringkat anak kecil hingga golongan dewasa. Kita boleh melihat dalam semua peringkat masyarakat Cina daripada peringkat persekolahan hingga ke tempat kerja, mereka sering membekalkan diri mereka dengan air kosong untuk keperluan harian mereka.

     Tetapi malangnya, budaya minum air kosong ini masih kurang diamalkan dalam masyarakat lain di negara ini khususnya masyarakat Melayu. Mereka lebih suka minum minuman manis atau bergas di kedai makan, tempat kerja atau di mana sahaja. Amalan ini perlu dipupuk dari peringkat awal dalam masyarakat kerana ia mempunyai banyak manfaat dan kebaikan.

Berikut adalah beberapa kebaikan yang diperolehi daripada amalan minum air putih:-

1. Menyegarkan tubuh -  Khasiat air putih bukan saja untuk membersihkan tubuh, malah ianya juga menyumbang zat yang diperlukan oleh tubuh. Kita mungkin dapat bertahan beberapa hari tanpa makanan, tetapi kita tidak mampu menahan diri jika tidak minum air.Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

2. Meningkatkan kesuburan -  Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron bagi kaum Adam dan hormon estrogen bagi kaum Hawa.

3. Mengelakkan darah menjadi kental -  Kandungan air yang cukup amat diperlukan untuk menggantikan cecair yang keluar dari tubuh melalui air kencing, peluh dan pernafasan untuk memastikan otak dan darah kita berfungsi dengan baik. Kekurangan air dalam darah amat berbahaya pada tubuh. Darah akan menjadi kental dan menyebabkan penghantaran oksigen dan unsur makanan menjadi terganggu.

4. Meningkatkan fungsi otak -  Perjalanan darah yang kental juga akan terhalang semasa melalui otak. Sel otak paling banyak mengambil makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah. Jika tidak mendapat makanan dan oksigen yang secukupnya, fungsi otak juga tidak dapat berjalan dengan baik. Keadaan ini dipanggil serangan angin ahmar.

5. Melancarkan sistem pencernaan -  Pengambilan air putih sebanyak 8 gelas sehari amat baik untuk kesihatan kita kerana ia melancarkan sistem pencernaan kita. Kita dapat menghindarkan diri dari mendapat sembelit dan pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

6. Menguruskan badan -  Pengambilan air kosong yang secukupnya juga dapat menguruskan badan kerana ia dapat meningkatkan metabolisma dalam badan kita.

Darah bekam yang kental dan pekat

     Dalam sesi rawatan bekam yang saya jalankan, saya dapati kebanyakkan darah yang saya bekam dari tubuh pelanggan saya mempunyai kadar kepekatan yang tinggi dan agak kental. Keadaan ini juga menyebabkan pengaliran darah tidak lancar dan berlaku kesumbatan. Apabila ditanya tentang pengambilan air kosong, kebanyakkan daripada mereka mengakui tidak menjadikan minum air kosong sebagai amalan harian mereka. Oleh itu, saya amat menggalakkan semua lapisan masyarakat menjadikan pengambilan air kosong sebagai amalan harian mereka selain menjaga pemakanan untuk hidup yang lebih sihat.


Untuk mendapatkan penerangan dan rawatan, sila buat temujanji anda



Hubungi Dudi - 012 - 964 3773
( Kuala Lumpur & Lembah Klang sahaja )


Waktu Perkhidmatan:

Isnin - Jumaat ( 8 pm - 12 pm )
Sabtu - Ahad  ( 10 am - 12 pm )



No comments:

Post a Comment